Media Daiya no Ēsu

Ditulis dan dilukis oleh mangaka Yuji Terajima. Daiya no Ēsu telah bersiri dalam Majalah Shōnen Mingguan Kodansha dari tarikh 17 Mei 2006 [lower-alpha 1] sehingga 14 Januari 2015.[4] Kodansha mengumpul bab ke dalam 47 jilid tankōbon, diterbitkan dari tarikh 15 September 2006 sehingga 17 Ogos 2015.[5] [6]

Manga sekuel, bertajuk Daiya no Ēsu bahagian II telah terbit pada majalah yang sama dari tarikh 19 Ogos 2015 [7] sehingga 26 Oktober 2022.[8] [9] Kodansha mengumpul babnya dalam 34 jilid tankōbon, dikeluarkan dari tarikh 17 November 2015 [10] sehingga 17 Mei 2023. [11]

Kodansha USA telah melesenkan siri ini bagj keluaran digital dalam bahasa Inggeris, dengan jilid pertama diterbitkan pada 7 Mac 2017.[12] Kodansha mula menerbitkan manga pada perkhidmatan K Manga mereka pada Mei 2023. [13]

Siri ini dilesenkan di Indonesia oleh Elex Media Komputindo.[14]

Cerita ranting

Sebuah spin-off komedi, bertajuk Daiya no B!, siri lawak ini memiliki watak yang sama dengan siri utama di sekolah yang sama pula, tetapi dalam kumpulan pancaragam sekolah menengah tembaga. Cerita ranting ini terbit pada platform web Poket Majalah Kodansha dari 2015 sehingga 2016. Siri ranting ini dikumpulkan dalam tiga jilid dan dikeluarkan dari tarikh 17 November 2015 sehingga 17 Ogos 2016.[15] [16]

Satu lagi manga cerita ranting, bertajuk Cat of Diamond, oleh isteri Terajima, Yuki Okada, telah diterbitkan secara bersiri dari aplikasi Magazine Pocket dan tapak web dari tarikh 12 Januari sehingga 30 November, 2022.[17] [18] Bab-babnya dikumpulkan dalam tiga jilid, dikeluarkan dari 17 Jun 2022 sehingga 17 Februari 2023. [19] [20]

Siri anime televisyen diterbitkan oleh Madhouse dan Production IG dan mula disiarkan pada 6 Oktober 2013, di stesen TX Network dan kemudiannya di AT-X.[21] Episod tersebut disiarkan secara sederum di AS, Kanada, UK, Ireland, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Denmark, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden, Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol, Brazil dan Portugal oleh Crunchyroll dengan bahasa Inggeris dan sarikata Jerman. [22] Siri ini pada mulanya dirancang bagi 52 episod [23] tetapi diperbanyak dan berakhir pada Mac 2015.[24] Musim kedua bahagian pertama mula disiarkan tidak lama kemudian pada 6 April 2015 di stesen TX Network dan kemudiannya di AT-X. Seperti pendahulunya, episod itu disiarkan secara sederum di negara-negara yang disebutkan di atas oleh Crunchyroll dengan sarikata Inggeris dan Jerman.[25] Dua DVD animasi asal telah digabungkan dengan jilid keempat dan kelima manga Daiya no Ēsu bahagian II; yang pertama diterbitkan pada 15 Julai 2016 dan yang kedua terbiy pada 16 September 2016.[26]

Adaptasi anime bahagian II telah diumumkan pada November 2018, dan ditayangkan 2 April 2019.[27] [28] Pelakon dan kakitangan mengulangi peranan mereka dari siri sebelumnya, dengan Madhouse kembali membina anime. Siri bahagian II berjalan dengan jumlah 52 episod.[29]

Rujukan

WikiPedia: Daiya no Ēsu http://www.animenewsnetwork.com/news/2017-03-03/co... https://mediaarts-db.bunka.go.jp/id/M535669 https://web.archive.org/web/20230314060324/https:/... https://web.archive.org/web/20051119062852/http://... http://ad.kodansha.net/schedule/magz.html https://natalie.mu/comic/news/136172 https://web.archive.org/web/20221013122331/https:/... https://web.archive.org/web/20140318075034/http://... http://www.bookclub.kodansha.co.jp/bc2_bc/search_v... http://kc.kodansha.co.jp/product?item=0000019563